JellyPages.com

11 Sept 2012

Jerawat Keluar Lebih Banyak ?

The Answer Is : Healing Crisis

Jerawat keluar semula? bertambah lebih banyak?

Baca dan baca sampai korang paham.

Jangan risau, ia bukan kesan negatif. Ianya dipanggil HEALING CRISIS / PROSES PENYEMBUHAN / KESAN PEMULIHAN.

Korang tahu macam mana jerawat terbentuk?

Jerawat itu sebenarnya datang dari lemak kulit kita. Minyak, berpeluh dan habuk dapat masuk ke dalam kulit dan berkumpul di lapisan lemak ini. Kemudian, ia akan keluar menerusi kelenjar peluh. Sistem tubuh akan menolak semua bendasing.

Pori berada di lapisan teratas kulit, dinamakan EPIDERMIS.

Mengapa epidermis ini sangat penting?

Pada lapisan epidermis ini ada liang roma atau pori. Pori ini adalah tempat keluarnya jerawat yang pelbagai saiz. Oleh itu, pori ini sangat penting untuk keluarkan segala kotoran dan selepas itu, kulit kita telah bersih, kita mahu pori itu dikecilkan supaya kulit wajah lebih halus, mulus dan bermaya.

Bila korang pernah memakai produk peeling sebelum ni (dalam tempoh 5 tahun), produk peeling yang korang gunakan sebelum ni telah membuang lapisan epidermis maka tiadalah pori. Adakala korang sendiri pun tak sedar yang produk yang digunakan itu tidak dinyatakan atau ditulis "peeling" dalam kandungan produk tu. Takkan la orang yang jual produk bodo-bodo je nak tulis "ada KIMIA dalam pencuci muka ni". takkan la kan? nak tahu atau kenalpasti produk tu macam mana ? Korang boleh rasa luaran fizikal seperti kulit terbakar, kulit kemerahan dan kulit berbelang pada wajah anda. Itulah dinamakan peeling.

Okey, sambung balik..

Jerawat yang ada dalam kulit tidak dapat keluar sebab tak de pori maka terpendamlah bawah kulit. Walaupun, korang rasa kulit korang nampak lebih baik sebab tiada masalah jerawat, tetapi korang try rasa keadaan bawah kulit. Cuba korang rasa sendiri bonggol-bonggol bawah kulit. Selagi bonggol itu masih wujud bawah kulit, maknanya kulit masih tersimpan jerawat yang terpendam. Jerawat yang terpendam, maka wujudlah kulit tidak bermaya dan cepat kusam.


Jerawat lagi?

Ada sesetengah jerawat naik di tempat lain tu maknanya jerawat lama dah nak habis dikeluarkan. Jerawat baru yang terbentuk sekarang, lebih mudah kering sebab kulit bersih dan senang ia keluar. Apabila jerawat dah kering, tu bermakna jerawat yang terpendam di liang peluh sudah naik ke permukaan ini. Ini bermakna liang peluh sudah bersih. Itu adalah satu petanda yang baik!! Maksudnya, lepas ini, jerawat jarang singgah ke permukaan wajah korang!! So, korang dah pun berjaya atasinya.

Kalau korang biarkan jerawat di bawah kulit, sampai bila-bila pun jerawat tetap akan ada (BONGGOL JERAWAT).


Berapa lama healing crisis itu berlaku?

Ini bergantung kepada sejarah penggunaan produk yang anda gunakan. Ini adalah kerja bawah kulit. Doktor pun tak akan tahu bila healing crisis tu berapa lama.

Korang perlu tahu bahawa produk Mary Kay hanyalah sistem penjagaan kulit dan bukan menyebabkan jerawat terbentuk. Korang perlu bersabar, kulit nak baik jadi proses healing crisis memakan masa yang lama. Cuba fikir, kalau bertahun-tahun pakai produk yang merbahaya, takkan nak harap keajaiban dalam masa beberapa minggu atau dua bulan.

Sebenarnya, ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindak balas yang normal dan sekiranya korang menghadapi krisis penyembuhan, ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem lapisan kulit wajah mula bekerja untuk membina sel-sel baru. Sel kulit baru hanya terbentuk setiap 28 hari. Kulit wajah yang mulus, sihat dan baik akan terbentuk secara perlahan-lahan, jadi bersabar dan jangan berputus asa.

Macam yang ira cakap, jerawat tidak boleh dihentikan, sama seperti sistem perkumuhan yang lain. Jerawat sebenarnya boleh dikawal. Masalah jerawat ini boleh diatasi dengan Acne Spot Solution kerana asid salisilik membantu membunuh kuman jerawat.

So, sekarang? pilihan korang untuk yang lebih baik kan?



6 comments:

  1. Salam Ira,
    thnx for sharing these info.. + explaination yg simple yet useful. i pengguna n now dah jadi beauty consultant dah... anyway.. keepit up a good work.. sharing is caring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. vah vah bagusnya kita jadi kawan. :) sorry sangat2 balas ya allah lamanya. haha

      Delete
  2. salam..
    sy dah empat bulan guna mk botanical f3 (cleanser dan moisturiser)

    dan sebulan guna mk botanical f3 (cleanser, masker, toner, moisturiser)

    tetapi jerawat bertambah hampir di seluruh muka.

    produk sebelum ni menipiskan kulit tetapi pori masih ada. sekarang pun pori masih sama besar spt sblm ni.

    soalan sy, mengapa jerawat keluar slps guna mk jika sebelum ini pun pori ada untuk keluarkan kekotoran?

    harap dapat membantu kerana sy bercadang utk hentikan penggunaan mk ini.

    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...brown coklat...supplement awk mkn ape? Bg sy jgn hya harap y luaran sj...sy pon penguna mary f3 dlm 2weeks camtu rr..Alhamdulilah kulit soft je..jerawat merah2 da jd kecut..cuma skg nk hilgkn parut jer..n jgn lupa mlm2 awk buat masker madu + serbuk kayu manis...

      Delete
    2. brown coklat sorry ira tak consume utk bagi cust full set f3 utk peeling user before. mungkin awak boleh berbincang dengan beauty consultant awak berkenaan kes ni. nak berbincang dengan ira pun boleh ira tak de masalah utk berkongsi . no telepon kat atas ye. baru pnya so soori lambat balas

      Delete
  3. Assalamualaikum.. Nak letgo Mary kay 1 set botanical be evolution kaler pink.. Terdiri drpd Aloe Vera dan Dragon Fruit. Sesuai buat remaja yang mengalami masalah jerawat. Baru pakai sebulan, masih banyak lg since set ni boleh tahan 4-6 bulan. Harga boleh nego.. Wassap 0173865248

    ReplyDelete