JellyPages.com

13 Nov 2012

yes ! its MARY KAY


Hey all, its about Mary Kay, come to sharing, love love love..

Ok now guest Mary Kay ira rasa best sangat-sangat pakai Mary Kay ni kan. berkobar-kobar pulak nak sharing lagi dekat korang-korang yang tak pernah cuba lagi Mary Kay ni kan... Thanks to my beloved friend yang bersabar dan bersabar guna mary kay sebab menangung sedikit masa pemulihan effect peeling product yang dia pernah pakai . Korang korang pun kena beware okey.. sebab kat pasaran sekarang dah melambak-lambak melambung lambung produk yang kandungannya merbahaya. Plus dengan pelbagai jenama dan brand lagi tau. hati hati oke. Mesti selalu alert setiap kandungan ada kat dalam set-set skincare tu...jangan la pulak terpengaruh dengan iklan-iklan yg konon nya muka boleh putih melepak dalam jangka masa "14 hari"... cewahh.. nak cepat je kan. mungkin ada..tapi beware dengan bahan-bahan agak kita tak mencipta penyakit kat kulit kita sendiri betul tak? Kalau dah namanya perempuan mestilah cepat je terpengaruh kan.. nak cantik. mana perempuan nak hodoh kan.

kalau nk kulit cantik dan sihat JANGAN beli produk yang mengandungi "hidrokinon" sebab bahan ini lah yg sebenarnya mengelupaskan kulit korang macam ular salin kulit tuuu..cubalah kaji balik bahan-bahan apa yg terkandung dalam skincare tu...sebab, bila korang  guna produk yang menggunakan  hydrokinon tu, jerawat dengan bintik-bintik merah mula la keluar dan lama kelamaan muka anda menjadi teruk lepas tu kusam... confirm okay..

ira ckp ni pun sebab majoriti kulit wanita tidak dijaga dengan betul...pemilihan produk skincare pun main pakai je asalkan "cuci muka",  mmg la anda semua cuci muka tapi sejauh mana ianya diserap ke dalam kulit dan memberikan impak yang bagus...mmg ianya cantik di luar tapi adakah kulit anda benar-benar sihat dari dalam??

Ira pun tak nafikan.. customer semuanya risau plus mengeluh sebabb maintenance Mary Kay ni tinggi...ye ira sendiri pun mengaku.. tapi bila ira sedarkan dan buka minda mereka tentang  kualiti produk, alhamdulillah mereka setuju dan terus menjadi pengguna setia Mary Kay...

Ira nak semua orang cuba fikir, renungkan balik tentang apa yang ira nak nyatakan kat sini .. set basic Mary Kay RM296 untuk fullset mengandungi cleanser,moisturiser  freshner, masker dan bertahan selama 3-4 bulan pemakaian, ada yang berjimat setahun 2 kali je beli full set, dapat  memberikan kulit yang sihat dan cantik dari dalam...manakala set-set hidrokinon yang merbahaya tu memerlukan RM200, RM300 ada yang mencecah RM400 tapi cuma tahan hanya sebulan aje , mengelupas dan mengeringkan kulit, kulit tak  boleh kena cahaya matahari langsung sebab korang akan rasa pedih ya amat, rasa terbakar, lepas tu hitam legam macam arang. nak ke? cantik hanya sementara sahaja...so korang rasa set mana yang korg pilih?? tepuk dada, tnya hati anda...

To all cantik-cantik kat luar sana.. please... check bahan produk tersebut..

So, sesiapa yang berminat nak tahu tentang info-info mary kay boleh pm ira kat FACEBOOK IRA ataupun mesej whatsapp ira di nombor 0174966463

Kalau siapa-siapa yang nak buat kelas dia area ipoh pun boleh jugak. mesej-mesej ira okey.

Apa yang anda akan alami ketika sesi consult adalah  :-

-Mengenalpasti jenis kulit (melalui soal jawab/sejarah pemakaian)
-Menggunakan sendiri set skin care yang sesuai dgn jenis kulit (kering/berminyak/biasa) dari Cleanser,Freshner,Masker, Moisturizer
-Merasai sendiri kehebatan SPA BIBIR-LIP MASK & LIP BALM-mampu pinkkan kulit bibir, protect skin bibir dari mengelupas,kering dan sebagainya.
-Berpeluang merasai SATIN HANDS- kulit selembut satin dgn set losyen 3 in 1
-Berpeluang mencari foundation yang sesuai dgn kulit muka
-Menggunakan basic set make-up Mary Kay-Mineral powder, mascara, eye liner, eye color, blusher,lip balm, lipstik, lip balm & lip gloss.


5 Tips Rawatan Wajah...

- Setiap kali mencuci muka, jangan sesekali melupakan bahagian leher kerana ia juga antara bahagian yang menunjukkan reaksi masalah kulit terutamanya penuaan jika tiada penjagaan khusus.

- Pemakaian penyegar amat penting. Pastikan cara menyapunya juga paling tepat kerana waktu inilah korang mahu melihat keadaan kulit benar-benar bersih atau tidak. Sapukan sehingga kapas tidak lagi terletak kotoran. Dan, pastikan juga ketika membasahkan kapas dengan penyegar, 70 peratus kapas diliputi penyegar.

- Apa jua bahan yang anda sapukan pada kulit mestilah menghala ke atas. Jangan sekali-kali menarik kulit ke bawah, ini akan mengakibatkan kulit cenderung ke penuaan.

- Bahagian mata perlu diberi penjagaan khusus. Apabila menyapu pelembap atau apa jua produk, jangan sesekali sampai mencecah bahagian sekitar mata. Hanya krim khusus untuk mata sahaja yang boleh sampai disitu. Malah, pencuci make up juga sebaiknya carilah khusus untuk bahagian mata.


- Jika siang hari, jangan lupa memakai sunblock. selepas semua langkah dilakukan. Pada waktu malam, jangan abaikan pemakaian masker pada setiap dua minggu untuk menanggalkan sel kulit mati..




ni full makeup mk best tak? haha

11 Sept 2012

Jerawat Keluar Lebih Banyak ?

The Answer Is : Healing Crisis

Jerawat keluar semula? bertambah lebih banyak?

Baca dan baca sampai korang paham.

Jangan risau, ia bukan kesan negatif. Ianya dipanggil HEALING CRISIS / PROSES PENYEMBUHAN / KESAN PEMULIHAN.

Korang tahu macam mana jerawat terbentuk?

Jerawat itu sebenarnya datang dari lemak kulit kita. Minyak, berpeluh dan habuk dapat masuk ke dalam kulit dan berkumpul di lapisan lemak ini. Kemudian, ia akan keluar menerusi kelenjar peluh. Sistem tubuh akan menolak semua bendasing.

Pori berada di lapisan teratas kulit, dinamakan EPIDERMIS.

Mengapa epidermis ini sangat penting?

Pada lapisan epidermis ini ada liang roma atau pori. Pori ini adalah tempat keluarnya jerawat yang pelbagai saiz. Oleh itu, pori ini sangat penting untuk keluarkan segala kotoran dan selepas itu, kulit kita telah bersih, kita mahu pori itu dikecilkan supaya kulit wajah lebih halus, mulus dan bermaya.

Bila korang pernah memakai produk peeling sebelum ni (dalam tempoh 5 tahun), produk peeling yang korang gunakan sebelum ni telah membuang lapisan epidermis maka tiadalah pori. Adakala korang sendiri pun tak sedar yang produk yang digunakan itu tidak dinyatakan atau ditulis "peeling" dalam kandungan produk tu. Takkan la orang yang jual produk bodo-bodo je nak tulis "ada KIMIA dalam pencuci muka ni". takkan la kan? nak tahu atau kenalpasti produk tu macam mana ? Korang boleh rasa luaran fizikal seperti kulit terbakar, kulit kemerahan dan kulit berbelang pada wajah anda. Itulah dinamakan peeling.

Okey, sambung balik..

Jerawat yang ada dalam kulit tidak dapat keluar sebab tak de pori maka terpendamlah bawah kulit. Walaupun, korang rasa kulit korang nampak lebih baik sebab tiada masalah jerawat, tetapi korang try rasa keadaan bawah kulit. Cuba korang rasa sendiri bonggol-bonggol bawah kulit. Selagi bonggol itu masih wujud bawah kulit, maknanya kulit masih tersimpan jerawat yang terpendam. Jerawat yang terpendam, maka wujudlah kulit tidak bermaya dan cepat kusam.


Jerawat lagi?

Ada sesetengah jerawat naik di tempat lain tu maknanya jerawat lama dah nak habis dikeluarkan. Jerawat baru yang terbentuk sekarang, lebih mudah kering sebab kulit bersih dan senang ia keluar. Apabila jerawat dah kering, tu bermakna jerawat yang terpendam di liang peluh sudah naik ke permukaan ini. Ini bermakna liang peluh sudah bersih. Itu adalah satu petanda yang baik!! Maksudnya, lepas ini, jerawat jarang singgah ke permukaan wajah korang!! So, korang dah pun berjaya atasinya.

Kalau korang biarkan jerawat di bawah kulit, sampai bila-bila pun jerawat tetap akan ada (BONGGOL JERAWAT).


Berapa lama healing crisis itu berlaku?

Ini bergantung kepada sejarah penggunaan produk yang anda gunakan. Ini adalah kerja bawah kulit. Doktor pun tak akan tahu bila healing crisis tu berapa lama.

Korang perlu tahu bahawa produk Mary Kay hanyalah sistem penjagaan kulit dan bukan menyebabkan jerawat terbentuk. Korang perlu bersabar, kulit nak baik jadi proses healing crisis memakan masa yang lama. Cuba fikir, kalau bertahun-tahun pakai produk yang merbahaya, takkan nak harap keajaiban dalam masa beberapa minggu atau dua bulan.

Sebenarnya, ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindak balas yang normal dan sekiranya korang menghadapi krisis penyembuhan, ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem lapisan kulit wajah mula bekerja untuk membina sel-sel baru. Sel kulit baru hanya terbentuk setiap 28 hari. Kulit wajah yang mulus, sihat dan baik akan terbentuk secara perlahan-lahan, jadi bersabar dan jangan berputus asa.

Macam yang ira cakap, jerawat tidak boleh dihentikan, sama seperti sistem perkumuhan yang lain. Jerawat sebenarnya boleh dikawal. Masalah jerawat ini boleh diatasi dengan Acne Spot Solution kerana asid salisilik membantu membunuh kuman jerawat.

So, sekarang? pilihan korang untuk yang lebih baik kan?



16 Aug 2012

Bila kulit JERAWAT. hodoh kan?


Assalamualaikum All.. Tinggal Dua hari je lagi.. sebelum merayakan diri yeay ! over.. kuih raya? baju raya? kasut raya? sesungguhnya tahun ini saya bersederhana.. great!

Hari ni nak berkongsi kenyataan berkenaan dengan masalah jerawat atau dalam kata sedap sikit adalah akne. Dulu ira sendiri pun banyak jerawat. Pakai tudung memang tak Nampak sebab jerawat tu nyorok2 kat area anak-anak rambut. Bila bosan-bosan rajin la tekan-tekan. Tapi Alhamdulillah bila dah besar ni tak rajin tekan-tekan dah sebab dah pandai sikit. Dulu pandai banyak.

Buat pengetahuan semua, akne/jerawat adalah disebabkan satu kitaran peristiwa. Peristiwa ape? Peristiwa PORI korang. Pori-pori tersumbat akan memerangkap minyak dalam kulit. Bila kulit terus terusan hasilkan minyak, pori yang tersumbat tu akan lagi tersumbat yang akan mengakibatkan penyumbatan yang bertambah TERUK lalu terjadilah JERAWATTT ! oh tidak. Ngeri okey.

Bila dah banyak orang muka yang berjerawat lagi membuak-buak lah produk-produk dipasaran berkenaan dengan jerawat. Orang yang menghidap jerawat selalunya nak kan hasil atau pun menyelesaian. Nak nak pulak orang yang desperate giler tahap dah tak sabar sangat. Bulan depan dah nak kawen. Alamak, jerawat pulak tumbuh berketul ketul kat muka. Maunya tak ligan cari ubat jerawat? Lepas tu dah beli tak berkesan plus jerawat lagi pulak bertambah-tambah. Tiba time kawen, haa ! Tepung gomak satu muka. Sad ending kan. Mintak jauh.

So, sebagai Beauty Consultant (BC) ira nak share macam mana MARY KAY SYSTEM FOR ACNE PRONE SKIN bertindak.

TING!




UJIAN KLINIKAL MENUNJUKKAN BAHAWA MARY KAY® SYSTEM FOR
ACNE-PRONE SKIN MEMBAWAKAN HASIL DALAM MASA 3 HARI SAHAJA.
PRODUK INI BERKESAN KERANA IA DIRUMUS UNTUK MENGENDALAKAN
KITARAN AKNE

  • Ia dirumus dengan 2% asid salistik
  • Menembusi pori-pori untuk menanggalkan minyak dah daki yang terperangkap
  • Membantu membersihkan cela-cela jerawat
  • Mengawal minyak yang berlebihan

MARY KAY SYSTEM FOR ACNE PRONE SKIN , ada perkataan system kan, so cara-cara system ni bertindak adalah:

  • Menghalang Pori dari tersumbat
  • Membantu mengurangkan minyak yang berlebihan

Apa produk yang ada dalam MARY KAY SYSTEM FOR ACNE PRONE SKIN?

  • Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin
  • Pore-Purifying Serum for Acne-Skin
  • Spot Solution for Acne-Prone Skin
  • Body Spray For Acne-Prone Skin

Acne Prone Body Spray

Selalunya ira akan bagi penerangan lanjut in call ataupun waktu kelas penjagaan kulit. Penerangan lagi jelas bila face to face right? If tak nak jumpa, call je insyaallah apa yang ira boleh bantu ira bantu.

Sebenarnya ira sendiri kagum dengan Mary Kay, sebab bila ira cuba, bila ira start beli, ira rasa kesan dia kat muka ira sendiri. Malam-malam dok usap muka sendiri. Dulu sekolah pakai produk tah pape je kan. But now, ira kene fikirkan masa tua ira dah.. Ira teruja sangat-sangat, tu sebab ira beranikan diri, share dengan kawan-kawan ira yang memerlukan.. Even dulu, ira tak tahu kawan mana yang okey kulitnya, mana yang tak okey kulitnya. Bila ira share kat facebook, baru ira tau.. oh rupa-rupanya kulit dia ni berjerawat.. oh rupa-rupanya dia dah hitam sekarang. Ops. Haha. Dan.. tada.. sekarang ira dah berani nak touch muka orang, makeup cantik-cantik. All girl need a natural beauty right. Not a tepung gomak berjalan right. For me, Mary Kay is everything. Always fake is nothing >.<